Category: Huru-Hara Hari Kiamat

  • Islam bermula asing dan akan kembali asing

    Diriwayatkan hadis sahih daripada Abdullah bin Mas’ud sabda Rasulullah SAW:

    إنَّ الإسلامَ بدأَ غَرِيبًا وَسَيُعُودُ غريبًا كَما بدأَ فَطُوبَى لِلغُرَبَاءِ قِيلَ وَمَن الغُرَباءِ قالَ النَزَائِحُ مِن القَبائِلِ

    (Mafhumnya): Sesungguhnya Islam bermula asing dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula, maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing. Dikatakan (ditanya): Dan siapakah orang-orang yang asing itu? Baginda berkata (menjawab): Kabilah-kabilah yang jauh (terasing).

    Ruj: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 29.

  • Ada suatu kaum khianat, tidak mahu mati syahid, gemuk-gemuk

    Sahih al-Bukhari dan Muslim, daripada Imran bin Hushain, Rasulullah SAW bersabda:

    خَيرُ أُمَّتِي قَرنِي ثُمَّ الذِينَ يَلُونَهُم ـ قال عِمرَانُ لاَ أَدرِي أَذكَرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلَّمَ بعدَ قَرنَينِ أَو ثَلاثَةً ـ ثُمَّ إِنَّ بَعدَ كُم قَومًا يَخُونُونَ وَلَا يُؤتَمَنُونَ وَيَشهَدُونَ وَلَا يُستَشهَدُونَ وَيَنذِرُونَ وَلَا يَفُونَ وَيَظهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ .

    (Mafhumnya): “Sebaik-baik umatku kurunku (mereka yang hidup pada zaman hidupku), kemudian selepas mereka. Imran berkata: Saya tidak tahu, apakah Rasulullah SAW menyebut selepas itu dua atau tiga kurun. Kemudian, sesungguhnya selepas kamu sekalian akan ada suatu kaum khianat dan tidak boleh dipercayai, mereka bersyahadah tetapi tidak mahu mati syahid, mereka bernazar tetapi tidak memenuhinya, dan zahir pada mereka gemuk-gemuk.

    Ruj: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 19-20

  • Pengganti yang melakukan apa yang tidak diperintahkan

    Dalam Sahih Muslim, Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:

    مَا كانَ مِن نَّبِيٍّ إلا وَقَد كانَ لَهُ حَوَارِيُّونَ يَهتَدُونَ بِهَديِهِ وَيَستَنُّونَ بِسُنَّتِهِ ثُمَّ إِنَّها تَخلُفُ مِن بَعدِهِم خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لَا يَفعَلُونَ وَيَفعَلُونَ مَا لَا يُؤمَرُونَ .

    (Mafhumnya): “Tidak ada seorang nabi kecuali mempunyai hawari (pembela). Mereka memberi petunjuk (kepada manusia) sesuai petunjuk nabinya dan melakukan tradisi (sesuai) dengan sunahnya. Kemudian, datang selepas (peninggalan) mereka pengganti-pengganti yang menuturkan apa yang tidak mereka lakukan dan mereka melakukan apa yang tidak diperintahkan.”

    Ruj: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 17-18.

  • Hasan adalah pemimpin

    Al-Bukhari meriwayatkan, daripada Abu Bakrah bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda – waktu itu Hasan bin Ali RA ada bersebelahan baginda di atas minbar:

    إِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ وَسَيُصلِحُ اللَّهُ بِهِ بَينَ فِئَتَينِ عَظِيمَتَينِ مِنَ المُسلِمِينَ .

    (Mafhumnya): “Sesungguhnya anakku (cucuku) ini adalah tuan (pemimpin) dan Allah akan mendamaikan dengannya antara dua kumpulan besar daripada muslimin (orang-orang Islam).”

    Ruj: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir, 12-13.