dajal

  • Segera kepada amalan baik sebelum datang 6 perkara

    Ibnu Katsir dalam karyanya (yang diterjemahkan dan diberikan nama Huru-Hara Hari Kiamat, halaman 62) menyebutkan, menurut riwayat Imam Ahmad: Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya):

    Bersegeralah kamu dengan amalan-amalan (soleh, baik) sebelum datang enam perkara; terbit matahari dari barat, (datang) dajal, (muncul) asap, (muncul) binatang melata dari dalam bumi, kematian setiap kamu sekalian dan perkara umum (kiamat).

    Dijelaskan di bawahnya: Qatadah berkata; “apabila Rasul mengatakan ‘perkara umum’, maka yang dimaksudkan ialah perkara kiamat”.