korban

  • Haiwan korban dengan kambing biri-biri

    Diriwayatkan oleh Ibnu Majah: Muhammad bin Ma’mar menceritakan, Muhammad bin Bakr al-Bursaniyy menceritakan, Ibnu Juraij berkata, ‘Atho al-Khurasaniyy berkata, daripada Ibnu Abbas:

    أنَّ النبيَّ صلى الله عليه و سلَّمَ أَتَاهُ رَجُلٌ فَقَالَ إِنَّ عَلَيَّ بَدَنَةً وَ أَنَا مُوسِرٌ بِها وَ لَا أَجِدُ هَا فَأَشتَرِيَها فَأَمَرَهُ النبِيُّ صلى الله عليه وسلمَ أَنْ يَبتَاعَ سَبعَ شِيَاهٍ فَيَذبَحَهُنَّ

    (Mafhumnya): Bahawa seorang lelaki datang kepada Nabi SAW, maka dia berkata, sesungguhnya saya berkewajipan untuk menyembelih seekor unta dan saya mampu dengannya (dari segi kewangan), tetapi saya tidak mendapatinya, maka saya perlu membelinya?

    Maka, Nabi SAW memerintahkannya untuk membeli tujuh biri-biri dan menyembelihnya.

  • Hukum melakukan ibadat korban

    Diriwayatkan oleh Ibnu Majah: Hisyam bin ‘Ammar menceritakan, Ismail bin ‘Ayyasy menceritakan, Ibnu ‘Aun daripada Muhammad bin Sirin berkata: Saya bertanya Ibnu Umar mengenai korban, adakah ianya wajib, dia (Ibnu Umar) berkata:

    ضَحَّى رَسولُ اللهِ صلى الله عليهِ وسلَّمَ وَالمُسلِمُونَ مِن بَعدِهِ وَجَرَتْ بِهِ السُنَّةُ

    (Mafhumnya): Rasulullah SAW dan muslimin selepas baginda melakukan korban, dan diperlakukannya (korban) sebagai sunnah.

    Telah menceritakan Hisyam bin Ammar, telah menceritakan Ismail bin ‘Ayyasy ( عَيَّاشٍ ), telah menceritakan al-Hajjaj bin Arthot ( أَرطَاةَ ), telah menceritakan Jabalah bin Suhaim ( سُحَيمٍ ), berkata: سَأَلتُ ابنَ عُمَر فَذَكَرَ مِثلَهُ سَوَاءً (Ertinya: Saya bertanya Ibnu Umar, maka dia menyebutkan sepertinya).

  • Ganjaran besar ibadat korban

    Diriwayatkan oleh Ibnu Majah: Abdurrahman bin Ibrahim al-Dimasyqiyy menceritakan, Abdullah bin Ibnu Nafi’ menceritakan, Abu al-Mutsanna menceritakan, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah; bahawa Nabi SAW bersabda:

    مَا عَمِلَ ابنُ آدمَ يومَ النَحرِ عَمَلًا أَحَبَّ إلَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ مِن هِرَاقَةِ دَمٍ وَ إِنَّهُ لَيَأتِي يَومَ القِيَامَةِ بِقُرُونِها وَ أَظْلَافِها وَ أَشعَارِها وَ إِنَّ الدَمَ لَيَقَعُ مِن اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ بِمكانٍ قَبلَ أَن يَقَعَ عَلَى الأَرضِ فَطِيبُوا بِها نَفْسًا

    (Mafhumnya): Tidaklah anak Adam melakukan pada hari nahar (hari raya korban) suatu amalan yang lebih dicintai Allah Azza wa Jalla daripada mengalirkan darah, sedangkan sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya, dan bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah itu akan jatuh daripada Allah Azza wa Jalla di suatu tempat sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu dengannya (ibadat korban).

    HURAIAN

    Menurut laman web hadithprophet.com, perkataan “hiraqah” ( هِرَاقَةِ ) pada asalnya “iraqah” ( إِرَاقَة ). Huruf “ha” (atau disebut “ho” – ه ) adalah ganti kepada huruf “hamzah” ( إ ). Ini seperti hamzah yang digantikan pada perkataan ( الماء ) menjadi ( الميه ) dan ( الْآل ) menjadi ( الْأَهْيَل ).