raya

  • Ganjaran besar ibadat korban

    Diriwayatkan oleh Ibnu Majah: Abdurrahman bin Ibrahim al-Dimasyqiyy menceritakan, Abdullah bin Ibnu Nafi’ menceritakan, Abu al-Mutsanna menceritakan, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada bapanya, daripada Aisyah; bahawa Nabi SAW bersabda:

    مَا عَمِلَ ابنُ آدمَ يومَ النَحرِ عَمَلًا أَحَبَّ إلَى اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ مِن هِرَاقَةِ دَمٍ وَ إِنَّهُ لَيَأتِي يَومَ القِيَامَةِ بِقُرُونِها وَ أَظْلَافِها وَ أَشعَارِها وَ إِنَّ الدَمَ لَيَقَعُ مِن اللهِ عَزَّ وَ جَلَّ بِمكانٍ قَبلَ أَن يَقَعَ عَلَى الأَرضِ فَطِيبُوا بِها نَفْسًا

    (Mafhumnya): Tidaklah anak Adam melakukan pada hari nahar (hari raya korban) suatu amalan yang lebih dicintai Allah Azza wa Jalla daripada mengalirkan darah, sedangkan sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, kuku-kukunya, dan bulu-bulunya. Dan sesungguhnya darah itu akan jatuh daripada Allah Azza wa Jalla di suatu tempat sebelum jatuh ke tanah, maka perbaikilah jiwa kamu dengannya (ibadat korban).

    HURAIAN

    Menurut laman web hadithprophet.com, perkataan “hiraqah” ( هِرَاقَةِ ) pada asalnya “iraqah” ( إِرَاقَة ). Huruf “ha” (atau disebut “ho” – ه ) adalah ganti kepada huruf “hamzah” ( إ ). Ini seperti hamzah yang digantikan pada perkataan ( الماء ) menjadi ( الميه ) dan ( الْآل ) menjadi ( الْأَهْيَل ).