Umrah dari Baitul Maqdis

Diriwayatkan oleh Ibnu Majah: Abu Bakar bin Abu Syaibah menceritakan, Abdul A’la bin Abdul A’la, daripada Muhammad bin Ishaq; telah menceritakan kepadaku Sulaiman bin Suhaim ( سُحَيم ), daripada Ummu Hakim binti Umayyah, daripada Ummu Salamah; bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ مِن بَيتِ المَقدِسِ غُفِرَ لَهُ

(Mafhumnya): Sesiapa berniat umrah dari Baitul Maqdis diampunkan (dosa) baginya.