umrah

  • Umrah dari Baitul Maqdis

    Diriwayatkan oleh Ibnu Majah: Abu Bakar bin Abu Syaibah menceritakan, Abdul A’la bin Abdul A’la, daripada Muhammad bin Ishaq; telah menceritakan kepadaku Sulaiman bin Suhaim ( سُحَيم ), daripada Ummu Hakim binti Umayyah, daripada Ummu Salamah; bahawa Rasulullah SAW bersabda:

    مَن أَهَلَّ بِعُمْرَةٍ مِن بَيتِ المَقدِسِ غُفِرَ لَهُ

    (Mafhumnya): Sesiapa berniat umrah dari Baitul Maqdis diampunkan (dosa) baginya.

  • Ganjaran umrah pada Ramadan sama dengan haji

    Diriwayatkan oleh Ibnu Majah: Ali bin Muhammad menceritakan, Abu Muawiyah menceritakan, daripada Hajjaj, daripada ‘Atho, daripada Ibnu Abbas RA, dia berkata; Rasulullah SAW bersabda:

    عُمرَةٌ فِي رمضانَ تَعْدِلُ حَجَّةً

    (Mafhumnya): Mengerjakan umrah pada (bulan) Ramadan setara (ganjarannya dengan) haji.