Sunan ad-Darimi

  • Batang kurma berhenti merintih selepas Nabi meletakkan tangannya

    Menurut ad-Darimi, Muhammad bin Katsir menceritakan, daripada Sulaiman bin Katsir, daripada az-Zuhri, daripada Said bin al-Musayyab, daripada Jabir bin Abdillah al-Ansari berkata: Adalah Rasulullah SAW berdiri dengan bersandar kepada batang kurma sebelum dibuatkan minbar. Maka, apabila dibuat minbar, batang kurma itu merintih, sehingga kami mendengar rintihannya, maka Rasulullah SAW meletakkan tangannya atasnya, lalu ia diam.

  • Sahabat menghilangkan dahaga daripada air terpancar keluar dari celah jari Nabi SAW

    جابر بن عبد الله قال شَكَا أَصحَابُ رسولِ اللهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ إِلَى رسولِ اللهِ صلى الله عليه وسلم العَطَشَ فَدَعَا بِعُسٍّ فَصُبَّ فِيهِ مَاءٌ وَوَضَعَ رسولُ اللهِ صلى اللهُ عليهِ وسلمَ يَدَهُ فِيهِ قَالَ فَجَعَلتُ أَنظُرُ إِلَى المَاءِ يَنبُعُ عُيُونًا مِن بَينَ أَصَابِعِ رَسُولِ اللهِ صلى اللهُ عليهِ وسلمَ وَالنَّاسُ يَستَقُونَ حَتَّى استَقَى النَّاسُ كُلُّهُمْ

    Jabir bin Abdullah berkata: Sahabat-sahabat Rasulullah SAW mengadu dahaga kepada Rasulullah SAW. Maka, baginda meminta mangkuk besar dan menuangkan air padanya. Maka, Rasulullah SAW meletakkan tangannya padanya. Dia (perawi) berkata: Maka, saya melihat kepada air memancar keluar seperti mata air di antara jari-jari Rasulullah SAW, dan orang-orang menghilangkan dahaga sehingga orang-orang semuanya menghilangkan dahaga. (Sunan ad-Darimi)

  • Air memancar dari bawah tangan Nabi SAW

    Daripada Ibnu Abbas RA berkata: Nabi SAW memanggil Bilal, maka Bilal mencari air, kemudian datang, lantas berkata: Tiada, demi Allah, saya tidak mendapati air.

    Maka, Nabi SAW berkata (mafhumnya): Apakah kamu mempunyai bekas air?

    Lalu, dia memberikan baginda sebuah bekas air, dan baginda membentangkan kedua-dua tapak tangan baginda pada bekas itu, maka mengalirlah mata air dari bawah dua tangannya (baginda).

    Dia (perawi) berkata, Ibnu Mas’ud meminum dan yang lainnya berwuduk (daripada air itu). (Sunan ad-Darimi)

  • Nabi SAW perlihatkan kepada seorang lelaki Bani Amir pokok kurma datang apabila diseru

    Daripada Ibnu Abbas (RA) berkata: Datang seorang lelaki daripada Bani ‘Amir kepada Rasulullah SAW. Maka, Rasulullah SAW berkata: Sudikah (Mahukah) saya perlihatkan kepada kamu suatu tanda (kebesaran Allah)? Dia menjawab: Ya (Bahkan, Tentu saja). Rasul berkata: Maka, pergi, kemudian panggil pokok kurma itu. Maka, dia memanggilnya. Lantas ia (pokok kurma itu) datang dengan melompat ke depannya (baginda). Kemudian, dia (orang itu) berkata: Katakan padanya supaya kembali. Maka, Rasulullah SAW berkata kepadanya (pokok itu): Kembalilah. Maka, ia (pokok itu) kembali sehingga sampai ke tempatnya. Kemudian, orang itu berkata: Wahai Bani Amir, saya tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih memukau daripada dirinya pada hari ini. (Diriwayatkan oleh ad-Darimi)

  • Pokok datang kepada Nabi SAW apabila dipanggil

    Daripada Anas bin Malik berkata, Jibril datang kepada Rasulullah SAW ketika baginda duduk sedih berlumuran darah kerana perbuatan penduduk Makkah daripada (orang kafir) Quraisy. Maka, Jibril berkata: Wahai Rasulullah, apakah anda ingin saya perlihatkan kepada anda tanda (kekuasaan Allah)? Baginda berkata: Ya. Maka, baginda lihat sebatang pokok di belakangnya. Jibril berkata: Panggillah ia (pokok itu). Maka, baginda memanggilnya, maka ia (pokok itu) datang serta berdiri di depannya (baginda). Maka (kemudian), Jibril berkata: Perintahkan untuk kembali. Maka, baginda memerintahkannya untuk kembali dan ia (pokok itu) kembali (ke tempat asal). Maka, Rasulullah SAW berkata, cukuplah, cukuplah. (Diriwayatkan oleh Ad-Darimi)

  • Pokok, gunung-ganang ucap salam kepada junjungan mulia Nabi SAW

    Daripada Ali bin Abi Talib (RA) berkata: Adalah kami bersama Nabi SAW di Makkah, maka kami keluar bersamanya di sesetengah kawasannya, maka kami melalui di antara gunung dan pokok. Maka, tidaklah kami lalui sebatang pokok dan sebuah gunung melainkan ia berkata ” السَلامُ عَلَيكَ يَا رسولَ اللهِ ” (kesejahteraan ke atas anda wahai Rasulullah). (Diriwayatkan oleh ad-Darimi)

  • Batu ucap salam ke atas Nabi SAW

    Daripada Jabir bin Samurah (RA) berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Sesungguhnya saya tahu ada batu di Makkah yang memberi salam ke atas saya sebelum saya diutuskan, sesungguhnya saya benar-benar mengetahuinya sekarang. (Diriwayatkan oleh Ad-Darimi)

  • Nabi SAW adalah rahmat kepada seluruh manusia

    Daripada Abi Soleh berkata, adalah Nabi SAW pernah memanggil mereka: Wahai sekalian manusia! Sesungguhnya saya adalah rahmat yang mendapatkan petunjuk. (Diriwayatkan oleh Ad-Darimi)

    HURAIAN

    Allah berfirman, maksudnya: Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan rahmat bagi seluruh alam. (Surah al-Anbiya, 107)

    Yakni Nabi Muhammad SAW diutuskan oleh Allah kepada penduduk dunia seluruhnya sebagai rahmat dan nikmat yang besar. Sesiapa beriman dan menuruti syariat Islam yang disampaikannya, selamatlah dia di dunia dan akhirat, dan sesiapa yang kufur ingkar, celakalah dia di dunia dan di akhirat. (Lihat nota kaki Tafsir Pimpinan ar-Rahman)

  • Diutuskan rasul untuk sedarkan hati lalai, buka mata, perdengarkan telinga tuli, luruskan lidah yang bengkok

    Daripada Jubair bin Nufair al-Hadhramiy, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Telah datang kepada kamu seorang rasul (utusan) yang tidak lemah dan tidak malas, untuk menyedarkan hati-hati yang lalai, dan membuka mata yang tertutup, dan memperdengarkan telinga-telinga yang tuli, dan meluruskan lisan-lisan yang bengkok, sehingga dikatakan ” لا إلٰهَ إلَّا اللهُ وَحدَهُ ” (tiada tuhan melainkan Allah semata-mata). (Diriwayatkan oleh Ad-Darimi)

  • Batang pokok merintih selepas tidak digunakan lagi oleh Nabi ketika berkhutbah

    عن ابنِ عمرَ أَنَّ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلَّمَ كان يَخطُبُ إلى جِذعٍ فَلَمَّا إتَّخَذَ المِنبَرَ حَنَّ الجِذعُ حَتَّى أتاهُ فَمَسَحَهُ

    Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW, adalah baginda berkhutbah sambil bersandar pada batang pokok, maka apabila baginda menggunakan minbar, batang pokok itu merintih, hingga baginda mendatanginya, lalu mengelusnya. (Diriwayatkan oleh ad-Darimi)

    HURAIAN

    Perkataan ( جِذع ) diberikan makna batang pokok. Menurut mofradat.com ( جِذع ) ialah batang pokok palma dan sebagainya.

    Mengelus ialah mengusap-usap, membelai-belai, menyapu-nyapu dengan perlahan-lahan. (laman prpm.dbp.gov.my)

    Perkataan ( حَنَّ ) dalam hadis itu, yang diberikan maksud merintih, boleh disama erti dengan merindui, mendambakan, sangat mengingini/menginginkan.