Diutuskan rasul untuk sedarkan hati lalai, buka mata, perdengarkan telinga tuli, luruskan lidah yang bengkok

Daripada Jubair bin Nufair al-Hadhramiy, bahawa Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Telah datang kepada kamu seorang rasul (utusan) yang tidak lemah dan tidak malas, untuk menyedarkan hati-hati yang lalai, dan membuka mata yang tertutup, dan memperdengarkan telinga-telinga yang tuli, dan meluruskan lisan-lisan yang bengkok, sehingga dikatakan ” لا إلٰهَ إلَّا اللهُ وَحدَهُ ” (tiada tuhan melainkan Allah semata-mata). (Diriwayatkan oleh Ad-Darimi)