Batang kurma berhenti merintih selepas Nabi meletakkan tangannya

Menurut ad-Darimi, Muhammad bin Katsir menceritakan, daripada Sulaiman bin Katsir, daripada az-Zuhri, daripada Said bin al-Musayyab, daripada Jabir bin Abdillah al-Ansari berkata: Adalah Rasulullah SAW berdiri dengan bersandar kepada batang kurma sebelum dibuatkan minbar. Maka, apabila dibuat minbar, batang kurma itu merintih, sehingga kami mendengar rintihannya, maka Rasulullah SAW meletakkan tangannya atasnya, lalu ia diam.