عن ابنِ عمرَ أَنَّ رسولَ اللهِ صلى الله عليه وسلَّمَ كان يَخطُبُ إلى جِذعٍ فَلَمَّا إتَّخَذَ المِنبَرَ حَنَّ الجِذعُ حَتَّى أتاهُ فَمَسَحَهُ
Daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah SAW, adalah baginda berkhutbah sambil bersandar pada batang pokok, maka apabila baginda menggunakan minbar, batang pokok itu merintih, hingga baginda mendatanginya, lalu mengelusnya. (Diriwayatkan oleh ad-Darimi)
HURAIAN
Perkataan ( جِذع ) diberikan makna batang pokok. Menurut mofradat.com ( جِذع ) ialah batang pokok palma dan sebagainya.
Mengelus ialah mengusap-usap, membelai-belai, menyapu-nyapu dengan perlahan-lahan. (laman prpm.dbp.gov.my)
Perkataan ( حَنَّ ) dalam hadis itu, yang diberikan maksud merintih, boleh disama erti dengan merindui, mendambakan, sangat mengingini/menginginkan.
