Daripada Anas bin Malik berkata, Jibril datang kepada Rasulullah SAW ketika baginda duduk sedih berlumuran darah kerana perbuatan penduduk Makkah daripada (orang kafir) Quraisy. Maka, Jibril berkata: Wahai Rasulullah, apakah anda ingin saya perlihatkan kepada anda tanda (kekuasaan Allah)? Baginda berkata: Ya. Maka, baginda lihat sebatang pokok di belakangnya. Jibril berkata: Panggillah ia (pokok itu). Maka, baginda memanggilnya, maka ia (pokok itu) datang serta berdiri di depannya (baginda). Maka (kemudian), Jibril berkata: Perintahkan untuk kembali. Maka, baginda memerintahkannya untuk kembali dan ia (pokok itu) kembali (ke tempat asal). Maka, Rasulullah SAW berkata, cukuplah, cukuplah. (Diriwayatkan oleh Ad-Darimi)
