Fitnah Kiamat

  • Umat Muhammad terawal masuk syurga

    Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan Nasai, lafaz hadis ini menurut Nasai: Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW bersabda:

    نحنُ الأٰخِرونَ الأَوَّلُونَ يَومَ القيامةِ نحنُ أوَّلُ النَّاسِ دُخُولًا مِنَ الجنَّةِ

    (Mafhumnya): Kita adalah (umat) yang terakhir, yang awal pada hari kiamat. Kita adalah manusia yang awal masuk syurga.

    Menurut Ibnu Katsir dalam karyanya: Diriwayatkan oleh Muslim: Daripada Abu Hurairah, daripada Nabi SAW:

    حنُ الأٰخِرونَ الأَوَّلُونَ يَومَ القيامةِ وَ أوَّلُ مَن يَدخُلُ الجنَّةَ

    (Mafhumnya): Kita (umat) yang terakhir, yang pertama pada hari kiamat dan orang yang awal masuk syurga.

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • Syurga ada lapan pintu, Rayyan untuk orang berpuasa

    Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Daripada Sahal bin Saad, Rasulullah SAW bersabda:

    (Mafhumnya): Di jannah (syurga ada) lapan pintu, satu pintu daripadanya dinamakan ar-rayyan, tidak memasukinya melainkan orang-orang yang berpuasa. Maka, apabila mereka sudah masuk, ditutup (pintu itu). Maka, tidak memasukinya seseorang selain mereka.

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • Orang fakir masuk syurga lebih awal berbanding orang kaya

    Imam Ahmad meriwayatkan: Daripada Abu Hurairah, sabda Rasulullah SAW:

    (Mafhumnya): Orang-orang fakir muslimin masuk syurga sebelum orang-orang kaya daripada mereka dengan (selang waktu) setengah hari, iaitu lima ratus tahun.

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • Orang miskin ramai masuk syurga

    Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Daripada Usamah bin Zaid, Rasulullah SAW bersabda:

    (Mafhumnya): Saya pernah berdiri di pintu syurga, maka kebanyakan orang yang memasukinya adalah orang-orang miskin. Dan saya telah berdiri di pintu neraka, maka kebanyakan orang yang memasukinya adalah wanita.

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • Kiamat akan terjadi apabila manusia bermegah dengan masjid

    Diriwayatkan oleh Ahmad: Daripada Anas, daripada Nabi SAW bersabda:

    لا تقومُ الساعةُ حتى يتباهَى الناسُ في المساجدِ

    (Mafhumnya): Kiamat tidak akan terjadi sehinggalah manusia bermegah-megah pada masjid.

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • Islam bermula asing, akan kembali asing

    Diriwayatkan hadis sahih daripada Abdullah bin Mas’ud sabda Rasulullah SAW:

    إنَّ الإسلامَ بدأَ غَرِيبًا وَسَيعُودُ غريبًا كَما بدأَ فَطُوبَى لِلغُرَبَاءِ قِيلَ وَمَن الغُرَباءِ قالَ النَزَائِحُ مِن القَبائِلِ

    (Mafhumnya): Sesungguhnya Islam bermula asing dan akan kembali asing sebagaimana ia bermula, maka berbahagialah bagi orang-orang yang asing. Dikatakan (ditanya): Dan siapakah orang-orang yang asing itu? Baginda berkata (menjawab): Kabilah-kabilah yang jauh (terasing).

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • Ada kaum khianat, tidak mahu mati syahid, tampak gemuk-gemuk

    Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim: Daripada Imran bin Hushain, Rasulullah SAW bersabda:

    خَيرُ أُمَّتِي قَرنِي ثُمَّ الذِينَ يَلُونَهُم ـ قال عِمرَانُ لاَ أَدرِي أَذكَرَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلَّمَ بعدَ قَرنَينِ أَو ثَلاثَةً ـ ثُمَّ إِنَّ بَعدَ كُم قَومًا يَخُونُونَ وَلَا يُؤتَمَنُونَ وَيَشهَدُونَ وَلَا يُستَشهَدُونَ وَيَنذِرُونَ وَلَا يَفُونَ وَيَظهَرُ فِيهِمُ السِّمَنُ

    (Mafhumnya): “Sebaik-baik umatku kurunku (mereka yang hidup pada zaman hidupku), kemudian selepas mereka. Imran berkata: Saya tidak tahu, apakah Rasulullah SAW menyebut selepas itu dua atau tiga kurun. Kemudian, sesungguhnya selepas kamu sekalian akan ada suatu kaum khianat dan tidak boleh dipercayai, mereka bersyahadah tetapi tidak mahu mati syahid, mereka bernazar tetapi tidak memenuhinya, dan zahir pada mereka gemuk-gemuk.

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • Pengganti melakukan apa yang tidak diperintahkan

    Dalam Sahih Muslim, (disebutkan) Abdullah bin Mas’ud RA meriwayatkan sabda Rasulullah SAW:

    مَا كانَ مِن نَّبِيٍّ إلا وَقَد كانَ لَهُ حَوَارِيُّونَ يَهتَدُونَ بِهَديِهِ وَيَستَنُّونَ بِسُنَّتِهِ ثُمَّ إِنَّها تَخلُفُ مِن بَعدِهِم خُلُوفٌ يَقُولُونَ مَا لَا يَفعَلُونَ وَيَفعَلُونَ مَا لَا يُؤمَرُونَ

    (Mafhumnya): “Tidak ada seorang nabi kecuali mempunyai hawari (pembela). Mereka memberi petunjuk (kepada manusia) sesuai petunjuk nabinya dan melakukan tradisi (sesuai) dengan sunahnya. Kemudian, datang selepas (peninggalan) mereka pengganti-pengganti yang menuturkan apa yang tidak mereka lakukan dan mereka melakukan apa yang tidak diperintahkan.”

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • Cucu Rasulullah, Hasan adalah pemimpin

    Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada Abu Bakrah bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda – waktu itu Hasan bin Ali RA ada bersebelahan baginda di atas minbar:

    إِنَّ ابْنِي هَذَا سَيِّدٌ وَسَيُصلِحُ اللَّهُ بِهِ بَينَ فِئَتَينِ عَظِيمَتَينِ مِنَ المُسلِمِينَ

    (Mafhumnya): “Sesungguhnya anakku (cucuku) ini adalah tuan (pemimpin) dan Allah akan mendamaikan dengannya antara dua kumpulan besar daripada muslimin (orang-orang Islam).”

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.

  • 3 tanda menjelang kiamat

    Ibnu Majah meriwayatkan: Daripada Abdullah, sabda Rasulullah SAW:

    يكون بين يديِ الساعةِ أياما يُرفعُ فيها العلمُ وينزلُ فيها الجَهلُ ويكثرُ فيها الهَرجُ والهَرجُ القَتلَ

    (Mafhumnya): Menjelang kiamat akan ada hari-hari ilmu diangkat, dan diturunkan kejahilan, dan terjadi banyak rusuhan, dan rusuhan ialah pembunuhan.

    Sumber: Huru-Hara Hari Kiamat, Ibnu Katsir.