masa

  • Zaman berikutnya lebih buruk dari zaman semasa

    Menurut Ibnu Katsir dalam karyanya: Al-Bukhari meriwayatkan: Daripada ‘Adi, dia berkata, pernah kami datang kepada Anas bin Malik, lalu kami mengadu kepadanya mengenai apa yang kami alami daripada perbuatan al-Hajjaj.

    Anas berkata: Bersabarlah kamu, kerana sesungguhnya tidak ada satu zaman yang dialami manusia melainkan zaman berikutnya lebih buruk lagi dari sebelumnya, sehingga kamu menemui Tuhanmu. Saya mendengar ini daripada Nabi SAW.