Ke puncak gunung bersama ternakan hanya kerana untuk selamat daripada fitnah

Menurut Ibnu Katsir dalam karyanya, diriwayatkan oleh al-Bukhari: Daripada Abu Said, sabda Rasulullah SAW:

يُوشِكَ أن يكونَ خيرَ مالِ المُسلمِ غَنَمٌ يَتبعُ بها شَعَفَ الجِبالِ ومواقعَ القَطرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الفِتَنِ

(Mafhumnya): Akan terjadi yang mana sebaik-baik harta seorang muslim adalah kambing yang dia mengikut dengannya sampai ke puncak-puncak gunung dan tempat-tempat terpencil untuk menyelamatkan agamanya daripada fitnah-fitnah (huru-hara).