Menurut Ibnu Katsir dalam karyanya: Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan bahawa perawi hadis ini berkata: Saya pernah mendengar Ali berkata, sabda Rasulullah SAW bersabda:
لو لكم يبقَ مِنَ الدَهرِ إِلَّا يوم لَبَعَثَ اللهُ رَجُلًا مِن أَهلِ بَيتِي يَملَأُها عَدلًا كما مُلِئَت جَورًا
(Mafhumnya): Walaupun bagi kamu masih ada daripada dunia (umur dunia ini tinggal) sehari lagi, nescaya Allah membangkitkan seorang lelaki daripada ahli rumahku (keturunanku) yang memenuhinya (dunia) dengan keadilan, sebagaimana telah dipenuhi dengan kezaliman.
