Buat apa yang nabi suruh, tinggalkan apa dilarang — orang dahulu binasa kerana perselisihan dengan nabi mereka

Daripada Abu Hurairah, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya): Biarkan apa yang telah saya tinggalkan untuk kamu, maka sesungguhnya orang sebelum kamu binasa kerana soalan mereka dan perselisihan mereka ke atas nabi-nabi mereka. Maka, apabila saya perintahkan kamu dengan sesuatu, maka ambillah (laksanakan oleh) kamu daripadanya semampu kamu, dan apabila saya melarang kamu daripada sesuatu, maka kamu jauhilah (hindarilah). (Diriwayatkan oleh Ibnu Majah)

Sumber: Bimbingan Lengkap Sunan Ibnu Majah, 1)