Seorang pada pagi jadi mukmin dan petang kafir, petang mukmin dan pagi kafir

Menurut Ibnu Katsir dalam karyanya: Diriwayatkan oleh Abu Daud: Daripada Abu Musa al-Asy’ari, Rasulullah SAW bersabda:

(Mafhumnya): Sesungguhnya akan berlaku pelbagai fitnah (huru-hara, kacau-bilau) menjelang kiamat, bagaikan potongan malam yang gelap; seorang lelaki pada pagi mukmin dan petang kafir. Dan pada petang mukmin, manakala pagi menjadi kafir. Orang duduk lebih baik daripada orang berdiri. Orang berjalan lebih baik daripada orang berlari. Maka, dari itu patuhkan busur-busurmu, potonglah tali-talinya, dan hentamlah pedang-pedangmu dengan batu. Maka, jika dimasuki yakni ke atas seorang daripada kamu (rumahnya), maka tirulah yang terbaik antara dua anak Adam.